Wednesday 23 March 2011

Pulang kerja

Assalamualaikum...
23.3.2011.(5.45pm).Hujan masih lagi turun tanpa henti. Aku baru pulang dari kerja sebagai seorang tenaga pengajar. 5 hari aku bercuti (plus cuti Jumaat & Sabtu), terasa macam cuti 2 bulan. Kepala otak dah 'blur' dah rasa. Teringat masa kerja di Perodua dulu. Masuk kerja dengan penuh semangat. Pukul 7 lebih bertolak dari rumah sewa bersama rakan2 serumah iaitu Matmin, Ari, Nije, Abot dan Jai. Kami kadang pakai sistem 'car pooling' dan kadang2 pergi dengan kereta masing2. Tp2 hari macam tu. Balik kerja 5.45pm. Kadang2 lajak masa buat OT. Kalau keja xsiap kena siapkan jugak. Biasa kerja swasta macam tu la. Kejar 'dateline'.

Aku keja hampir 1 tahun 6 bulan. Keja dengan kawan2 yang satu kepala memang best. Rasa enjoy. Xdak stress2..klu stress pon mesti kami kuar minum kat 'starbucks' luar RnD tu.hehe..Sambil2 minum mesti ada seorang yang suka buat lawak. Sapa lagi kalau bukan zulhelmi. Dia ni tengok muka pon dah lawak. Sekejap jer masa berputar. Masing2 bawak haluan sendiri. Ada yang dah kahwin ,ada yang stay perodua dan ada yang tukar kerja atau bidang lain. Ukhuwah itu kalau di bina dengan kukuh pasti kita akan merasai  kenikmatannya. Nikmatnya berkawan. Bukan senang untuk dapat kawan yang mahu susah senang dengan kita. Semuanya bermula daripada diri sendiri jugak. Bina sifat2 yang dibawak oleh Nabi Muhammad SAW. Supaya tidak ada sifat dengki dan pentingkan diri. Walaupun kita bukan manusia semulia Nabi, tapi perlu cuba untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik.

Seronok kerja dahulu walaupun stress. Kadang2 balik lewat, tp bila kerja tu siap. Kita akan merasa sangat puas dengan pencapaian kita. Namun, apakan daya. Tak lama aku dan kawan aku keja kat situ. Mungkin Allah dah aturkan tempat yang lebih baik untuk aku bekerja. Cuma diri ini sahaja perlu perbaiki apa yang patut. Ikhlas dalam melaksanakan tugas yakni mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna.

Sekarang pulak dah jadi suami orang. Jadi, tanggungjawab makin bertambah. Semuanya cabaran yang harus ditempuhi dengan baik. Semoga segala cabaran ini akan kutempuhi dengan pertolongan Allah SWT. InsyaAllah. Kasihanilah diri sendiri. Kerna diakhirat nanti diri sendiri yang akan dipertanggungjawabkan. Jadikan segala pekerjaan kita sebagai ibadah.

'Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini terlalu lemah, maka kuatkanlah hati ini dalam mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba, jadikanlah segala pekerjaanku ini sebagai ibadah kepada MU.Amin Ya Rabbal 'Alamin.'

No comments:

Post a Comment