Wednesday 23 March 2011

Pulang kerja

Assalamualaikum...
23.3.2011.(5.45pm).Hujan masih lagi turun tanpa henti. Aku baru pulang dari kerja sebagai seorang tenaga pengajar. 5 hari aku bercuti (plus cuti Jumaat & Sabtu), terasa macam cuti 2 bulan. Kepala otak dah 'blur' dah rasa. Teringat masa kerja di Perodua dulu. Masuk kerja dengan penuh semangat. Pukul 7 lebih bertolak dari rumah sewa bersama rakan2 serumah iaitu Matmin, Ari, Nije, Abot dan Jai. Kami kadang pakai sistem 'car pooling' dan kadang2 pergi dengan kereta masing2. Tp2 hari macam tu. Balik kerja 5.45pm. Kadang2 lajak masa buat OT. Kalau keja xsiap kena siapkan jugak. Biasa kerja swasta macam tu la. Kejar 'dateline'.

Aku keja hampir 1 tahun 6 bulan. Keja dengan kawan2 yang satu kepala memang best. Rasa enjoy. Xdak stress2..klu stress pon mesti kami kuar minum kat 'starbucks' luar RnD tu.hehe..Sambil2 minum mesti ada seorang yang suka buat lawak. Sapa lagi kalau bukan zulhelmi. Dia ni tengok muka pon dah lawak. Sekejap jer masa berputar. Masing2 bawak haluan sendiri. Ada yang dah kahwin ,ada yang stay perodua dan ada yang tukar kerja atau bidang lain. Ukhuwah itu kalau di bina dengan kukuh pasti kita akan merasai  kenikmatannya. Nikmatnya berkawan. Bukan senang untuk dapat kawan yang mahu susah senang dengan kita. Semuanya bermula daripada diri sendiri jugak. Bina sifat2 yang dibawak oleh Nabi Muhammad SAW. Supaya tidak ada sifat dengki dan pentingkan diri. Walaupun kita bukan manusia semulia Nabi, tapi perlu cuba untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik.

Seronok kerja dahulu walaupun stress. Kadang2 balik lewat, tp bila kerja tu siap. Kita akan merasa sangat puas dengan pencapaian kita. Namun, apakan daya. Tak lama aku dan kawan aku keja kat situ. Mungkin Allah dah aturkan tempat yang lebih baik untuk aku bekerja. Cuma diri ini sahaja perlu perbaiki apa yang patut. Ikhlas dalam melaksanakan tugas yakni mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna.

Sekarang pulak dah jadi suami orang. Jadi, tanggungjawab makin bertambah. Semuanya cabaran yang harus ditempuhi dengan baik. Semoga segala cabaran ini akan kutempuhi dengan pertolongan Allah SWT. InsyaAllah. Kasihanilah diri sendiri. Kerna diakhirat nanti diri sendiri yang akan dipertanggungjawabkan. Jadikan segala pekerjaan kita sebagai ibadah.

'Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini terlalu lemah, maka kuatkanlah hati ini dalam mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba, jadikanlah segala pekerjaanku ini sebagai ibadah kepada MU.Amin Ya Rabbal 'Alamin.'

Sunday 20 March 2011

Mesut Kurtis ft. Maher Zain - Never Forget

Salam .. xberniat nak buat entry panjang harini.. Meh kita hayati lagu ni sama2 :) ....
Mesut Kurtis ft. Maher Zain - Never Forget


Monday 14 March 2011

B.I.S.N.E.S

Coklat order..bini aku bisnes coklat..sapa nak try bolehla..murah dan sedap..hehe..

Sunday 13 March 2011

Sifat Sabar

"SABAR" , perkataan yang selalu sangat kita dengar. Bila dugaan, musibah , bencana , kehilangan seseorang yang disayangi dan sebagainya, orang lain akan menyuruh kita supaya sabar. Sabar adalah nikmat yang dikurniakan Allah yang paling berharga.. Dengan kesabaran lah para utusan Allah berjaya menyampaikan ajaran yang telah diwahyukan oleh Allah kepada mereka. Jadi, renung2kanlah. Bersabarlah dengan dugaan. Walaupun pahit di hujungnya pasti akan manis. 

Apa yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita sendiri.
Mohon maaf jika ada salah dan silap dan mohon berikan teguran yang positif yang boleh memberi semangat kepada orang lain. Semoga kita semua diredhai olehNya.InsyaAllah.

Tido

Fuh..penat..tido pon penat..nak tau sebab apa..sebab 'merepek' atau pon 'mengigau'..mungkin sebab otak berfungsi walaupon tido..kehendak untuk rehat kurang mencapai matlamat..kehkehkhe..tp x apa..hmm..ramai jugak yang tido ni sebab pa? ..pertama mungkin nak rehatkan diri sebab terlalu letih..yang tu memangla..sebab dah terlalu letih kan..orang yang bantai minuman pape je kot mungkin bleh tahan..dan satu lagi tido sebab xmau terlalu fikirkan masalah..pun ada jugak..rasanya yang ni paling banyak..kt dunia ni kalau xdak masalah mmg xsah la kan..manusia sendiri yang cipta masalah..Jadi tanggunglah sendiri..

Bab masalah ni jangan kata la...ada masalah kewangan la, masalah tanah la..masalah pelajaran la..apa lagi masalah?? kalau tengok balik..semua hal berkaitan dengan manusia..manusia yang mencipta masalah..semua ada kepentingan masing2..aku dah xtau nk cakap apa..dengan kepentingan atau hak ni lah yang buat manusia 'MEGAH' berasa takjub (bangga diri) sampai tak peduli kt orang lain..takdak lagi dah belas ihsan, jaga hati..semuanya hati kering kerana nak menjaga hak..ada benda yang patut kita jaga hak dan ada benda jugak yang kdg2 perlu toleransi dan bertimbang rasa..bertimbang rasa juga tidak perlu la sampai tergadai agama dan akidah..

Ya Allah..elakkanlah kami dari perkara yang sia2, perasaan takjub dan bermegah kerana semua di alam ini hanyalah milik mu..

Aku jgk kadang2 fedup..aku rasa better aku hidup susah dan bersyukur dgn apa yang ada..tkut2 harta yang terlalu byk akan menyusahkan diri sendiri..sekian wassalam..

H.A.T.I

Hati ni ada macam2..ada hati sensitip and ada hati kering..macam2 la..Org yang selalu jaga hati orang mesti orang sensitip..nak tau sebab apa..sebab dia xmau hati dia dilukai, disinggung oleh sesiapa..Tp bila kita dah terlalu jaga hati orang, kdg2 sampai hati sendiri xterjaga..hmm..satu lagi bila jumpa hati kering ni , kita mmg susah nak komunikasi dgn dia..payah nak tolerate dgn org kalau yang hati kering ni..nak buat camna..masing2 ada pendirian sendiri, ketetapan diri..tp bg aku, aku akan menjaga hati org wpon aku xpuas hati ngn orang..sebab aku cuba menyelami apa yang org tu rasa..

Contoh mcm semalam la..accident dengan moto..dia langgar keta aku,pastu dia mintak maaf..klu nak ikut aku mmg nk marah..tp aku xleh nak marah sebab ada belas ihsan kt dia..dia ada rm100 jer, tu pon aku mtk 300rm sbb kena ganti bumper baru.dahla dia keja kedai makan (bukan kedai dia)..pastu dia ajak aku gi sentosa..dia nk tolak hp dia..so, aku follow la..tolak dapat la rm150..aku amek..jdla rm250..aku nk buat repot balai xgamak..dia pon ada masalah jugak..mcm semua 
mnusia..suma ada masalah..sbb tu aku xrepot..

Hmm..aku jumpa org yg mcam ni xpe lagi..naseb xjumpa orang yang xmau ngaku salah..lg la masalah balik kt aku..pape pon aku bersyukur xcedera pape kt orang tu..aku pon xdak duet nak tukar bumper baru..aku juz berdoa, semoga dipermudahkan segala urusan..keta aku lani jd keta batman la kejap..apa buleh buat..klu tkaq bumper ori mau kena rm300-rm400..aku mintak maaf kt semua orang kt dunia..aku menjaga ati sebab xmau buat dosa ngn sapa2..dahla dosa ngn Tuhan dah bertimbun2..apatah lagi dosa dgn manusia..sbb kita xtau hati dan perasaan orang lain...dunia ni sementara jer..

Thursday 10 March 2011

Busan-busan memblog kan diri..

Assalamualaikum..
Hmm..Ni lah keja bila busan..cuba untuk meluahkan sesuatu dengan berblogging..walaupun luahan secara fantasi tp xmengapa sebab kalau kita terlalu sangat meluahkan kepada manusia..manusia pon xsuka sangat..nak tau sebab apa..sebab semua manusia beremosi..tp seeloknya kita luahkan la pada Pencipta kita yakni Allah. Itu yang paling tepat.
 Kenapa aku berblog?? Nak tau jugak kenapa..sbb aku pon nak try guna masa yang dan satu lagi dapatla jugak belajar camna nak buat blog.. Klu ada masa lagi boleh buat notes untuk budak2. tp setahu aku, sepanjang aku keja dah setahun lebih...banyak masa terbuang..sebab apa? Sat aku nak pikiaq...hmmm...

Aku rasa rendah diri?? (tp dulu knp awal2 semangat?)
Environment?? (aku rasa yg faktor paling besar..wakaka)
Diri sendiri yang dilatih mmg malas? (salah satu punca jugakla)

Hmm...ramai yang setuju bahawa 'DIRI SENDIRI' yang menentukan segalanya..yesss..betol..sangat2 betol..dah tu..kenapa xikut diri sendiri?? tak tahu kat mana silapnya..Yang pentingnya kat sini kita sendiri yang kena berubah..TP..aku membaca buku, ada yang kata..jadilah diri anda sendiri..kadang2 konfius..hmmm..kenapa la aku perlu fikir se'detail2' itu..xperlu lah..ikutlah apa yang baik..yang xbaik dan yang negatif hindarkan..macamana..SEMANGAT..jangan biarkan diri grab benda2 '-'ve ni..lama2 hati boleh bernanah..kuatkan hati..bak kata orang kedah 'hemoi'..hahaha..ckp ngn mulut mmg senang..tp tindakan tu rasanya xdapat nak tlg..lagi satu sensitif and nak menjaga hati orang lain ttp hati sendiri xterjaga...apa kejadahnya semua tu..jgn pk nak buat tp badan tak bergerak..pekakkan telinga..buat hal2 yang baik..abaikan benda2 yang xbaik..biarla orang nak kata pa pon..masa ni la nak bina perisai di hati kita supaya dapat menepis segala gejala xbaik masuk ke dalam hati..dan yang sebetulnya ..ingatlah,..buatlah keja kerana Allah Taala..ikhlas..plzzzzz..."Ya Allah..kuatlah hati ini supaya teguh menghadapi segala dugaan, jauhkanlah segala gejala negatif yang boleh merosakkan hati ini..jadikan setiap pekerjaan ku adalah kerana mu Ya Allah..Ampunkan dosa2 ku ini..aminn.."