Tuesday 11 June 2013

Pacuan Akhir



OBJEKTIF

  • ·         Mengenal nama-nama komponen dan menerangkan komponen bagi FWD

  • ·         Menerangkan kendalian/operasi FWD

  • ·         Melakukan pemeriksaan/diagnosis masalah yang berlaku pada CV joints

  • ·         Melakukan penyelenggaraan terhadap CV joints

  • ·         Menerangkan perbezaan antara CV joints dan universal joints

  • ·         Mengenal nama-nama komponen dan menerangkan komponen RWD

  • ·         Menerangkan kendalin/operasi RWD

  • ·         Menjelaskan fungsi dan kendalian kerbeda dan drive axles

  • ·         Menerangkan nama-nama dan komponen kerbeda.

PACUAN AKHIR KENDERAAN
Pacuan akhir kenderaan adalah sebuah pengoperasian kenderaan secara pacuan hadapan (FWD), pacuan belakang (RWD) dan pacuan empat roda (4WD) untuk menggerakkan kenderaan. Driveline (rangkaian pacuan) merupakan bahagian kenderaan yang memindahkan kuasa daripada transmisi ke roda kenderaan. RWD menggunakan propeller shaft yang menghubungkannya daripada trasmisi ke roda belakang. Manakala FWD menggunakan driveshaft untuk menghubungkan transmisi ke roda hadapan.

Kata kunci
FWD – Front Wheel Drive
RWD – Rear Wheel Drive
4WD – Four Wheel Drive

Rangkaian hantaran pacuan akhir.

  • ·         terdiri daripada driveshaft, universal joint dan slip joint.

  • ·         memindahkan tork melalui pelbagai sudut dan jarak dari satu shaf ke shaf yang lain.

  • ·         kenderaan yang mempunyai enjin dibahagian hadapan dan tayar belakang dipacu mempunyai aci putar yang panjang.

  • ·         Manakala kenderaan yang dipacu tayar hadapan mempunyai driveshaft atau halfshaft.

No comments:

Post a Comment