Ihsan http://engine.my/pengenalan-untuk-penghawa-dingin/
Objektif :- Mengenalpasti komponen-komponen sistem penghawa dingin kenderaan
- Mengetahui fungsi komponen-komponen penghawa dingin
- Mengetahui kerosakan-kerosakan yang sering berlaku
Terdapat 3 bahagian penting bagi sistem ini.
- Compressor
- Condenser
- Evaporator
Kita pergi kepada bahagian tekanan tinggi:
Compressor : compressor merupakan pam yang digerakkan oleh talisawat kenderaan.Apabila cecair penyejuk (gas bertekanan rendah) masuk ke compressor, ia membentuk gas bertekanan tinggi dan terus bergerak ke condenser. Tujuan compressor adalah untuk memampatkan gas (bertekanan tinggi).
Condenser : Secara asasnya, condenser bertindak seperti radiator iaitu bertujuan untuk menyejukkan gas yang bertekanan tinggi tadi. Gas yang telah dimampatkan akan meningkatkan tenaga haba. Gas bertekanan tinggi yang melalui condenser akan disejukkan dan membentuk cecair.
Drier : Bertujuan untuk menyerap air. Air perlu diserap bagi mengelakkan kerosakan kepada sistem penghawa dingin.
Bahagian tekanan rendah :
Expansion valve : Cecair dalam penghawa dingin tadi akan berubah dari tekanan tinggi ke tekanan rendah (panas ke sejuk). Injap pada komponen ini merasai (sense) tekanan yang tinggi, seterusnya mengawal aliran penyejuk ke evaporator.
Evaporator : Bertujuan menyerap haba untuk menukarkan cecair penyejuk kepada bentuk gas. Suhu di dalam kabin kenderaan sudah memadai untuk menukarkan penyejuk R-134a kepada bentuk gas kerana takat didihnya sangat rendah. Kipas akan menyebarkan udara yang sejuk dari evaporator. Proses ini akan berulang-ulang.
Diagnosis
Biasanya diagnosis dilakukan dengan hanya melakukan pemeriksaan terhadap sistem A/C tersebut. Pemeriksaan boleh dilakukan setelah mendengar bunyi tidak normal pada sistem A/C.Bunyi pada sistem klac magnet
Biasanya terdapat bunyi 'klik' apabila klac 'engaged' (memegang) dan 'disengaged' (melepas) . Tetapi lama-kelamaan klac ini akan haus dan bunyinya akan lebih jelas.
Bunyi pada hos A/C
Biasanya bunyi pada hos berkemungkinan berlaku pertembungan dengan hos yang lain disekitar ruang enjin.
Bunyi pada compressor
Kemungkinan nut yang memegang compressor longgar.
Bunyi siulan
Ini disebabkan perubahan tekana yang berlaku dalam sistem A/C. Berlaku apabila suis A/C dipadamkan.
No comments:
Post a Comment