Tuesday 6 December 2016

Servis Aircond BMW 5 Series Fasa 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara.

Hari ini, kerja menyelenggara sistem penghawa dingin (aircond) BMW 5 Series. Suspek aircond tak sejuk bermula dengan anggapan gas bocor. Ya, memang ada bocor. Tapi nak troubleshoot cari satu-satu komponen besar tak jumpa jugak. Yang check kebocoran ini adalah Cikgu Zul nama gelaran otai. Pergi mana-mana pun ,bila sebut cikgu Zul orang kenal la kot.

Benda pertama yang diperiksa ada sistem elektronik. Periksa fius ok, wiring ok. Semua dalam keadaan baik. Dan akhirnya bila dapat manifold gauge dan masukkan coupler ke hos aircond. Pressure is zero. Tidak ada tekanan langsung dalam sistem aircond kereta tu. Maka bermulalah penyiasatan dari komponen besar iaitu, condenser, cooling coil, filter drier dan lain-lain lagi lah. Dan compressor ditukar baru , jadi tidak ada masalah. Masalah sekarang ni tak jumpa lagi apa masalah aircond kereta ni. Hahaha.

Ok. Seterusnya bila check pressure kosong dan tukar pressure switch pun baru. Maka kami teruskan servis untuk memasukkan gas aircond. Ikut langkah-langkah berikut. Tapi kena tahu dulu alat apa nak guna untuk servis.
Alatan Servis:
  1. Vacuum pump
  2. Manifold gauge
  3. Coupler
  4. Aircond gas R 134a
Nampak tak banyakkan. Ikut step berikut:
  1. Vacuum gas dan udara yang ada dalam sistem aircond melalui low pressure hos (paling elok 30 minit - nak cepat punya pasal 10 minit dahla sampai pressure betul-betul drop -30 psi)
  2. Kemudian masukkan gas aircond sedikit dahulu lebih kurang 30 - 50 psi dan tutup gas aircond yang masuk.
  3. Start engine dan pastikan on suis aircond
  4. Masa ni compressor akan beroperasi, dan jarum pada low pressure gauge akan menurun sehingga 20-30 psi (tekanan yang elok). Kalau tak sampai tahap ni lagi maka boleh lah stop dan isikan minyak compressor sedikit (10-20 ml)
  5. Dan jarum pada high pressure gauge akan meningkat antara 150-250 psi (cantik)
  6. Letakkan termometer dalam kabin kereta dan letakkan fungsi aircond pada tahap maksimum (paling sejuk dan kipas paling laju)
  7. Periksa suhu paling sejuk berapa. (Kalau kereta Hyundai i10 saya 6 Celcius - payah betul takdak simbol)
  8. Then tutup gas aircond

Kemudian bila sudah selesai. Start kereta dan nikmatilah kesejukan kereta anda. Tapi ada sambungan nya. Sistem aircond BMW ni tak beroperasi secara normal. Ni pun sebab kami direct current ke compressor nak bagi berfungsi. Kes masih dalam siasatan kenapa compressor tak berfungsi secara normal. Tunggu sambungan versi kedua. Jika ada pandangan dan pendapat otai-otai yang lain. Minta komen diruangan komen. Saya pun budak masih belajar. Nanti gambar saya upload untuk tatapan umum. Terima kasih semua.

Saturday 2 April 2016

Sistem Klac

Pengenalan
Klac merupakan satu sistem yang penting dalam sesebuah kenderaan. Ia bertujuan untuk menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin. Jika tiada klac, kuasa daripada enjin akan terus dipindahkan ke roda tanpa penukaran gear. Klac plate ini terletak diantara transmisi dan enjin di mana ia membentuk satu kapling (coupling) dengan roda tenaga (flywheel). Pemandu mengendalikan klac melalui rangkaian klac atau klac mechanism dari ruang pemanduan (pedal klac) ke perumah klac (bell housing).
Semua kenderaan memerlukan sistem klac untuk memutus dan menyambungkan kuasa enjin ke transmisi. Jika kenderaan tidak mempunyai klac. enjin akan mati setiap kali kenderaan perlu diberhentikan. Klac membolehkan enjin melahu (idling) ketika kenderaan berhenti dan ia juga membolehkan penukaran gear untuk kelajuan serta beban yang sesuai.
 

Operasi dan kendalian klac
 Apabila pemandu menekan pedal klac, rangkaian klac akan (samada hidraulik atau kabel klac) akan menolak fork. Kemudian rangkaian fork akan menolak release bearing supaya menekan diapraghm plat tekanan (pressure plate). Plat tekanan ini akan melepaskan klac disk bebas daripada menekan roda tenaga. Maka pada ketika ini , kuasa enjin telah pun diputuskan daripada transmisi.

Komponen utama sistem klac
  1. Roda tenaga (flywheel) - roda tenaga diperbuat daripada besi tuang kelabu yang mempunyai kuantiti grafit yang tinggi untuk melancarkan penyambungan klac. Bahagian diameter luarnya dibentuk melalui proses press untuk tujuan gigi gear penghidup (starter). Roda tenaga mempunyai diameter yang besar bagi membantu penghidup untuk memutarkan gigi gear supaya putaran enjin mencukupi semasa enjin dihidupkan. Permukaannya pula dimesin dengan rata bagi memastikan geseran yang mencukupi ketika penyambungan klac. Inertia juga diberikan untuk memutarkan aci engkol sistem empat lejang.  


  2. Klac disk - klac disk disambungkan dengan syaf input transmisi dan memindahkan kuasa daripada enjin ke transmisi. Terdapat dua permukaan geseran pada klac disk. Terdapat aliran (grooves) pada klac disk, ini membolehkan proses penyejukan berlaku ketika klac disk menekap pada roda tenaga. Bahagian permukaannya (facing) dirivet bersama-sama spring kusyen yang mana menyebabkan berlaku tekanan secara perlahan-lahan ke permukaan roda tenaga dan permukaan plat tekanan. Spring yang terdapat pada klac disk ini membantu mengurangkan gegaran semasa penyambungan mengejut. Spring kilasan pula bertindak menyerap daya kilasan ketika permukaan klac disk bertemu permukaan plat tekanan.                                                                                                    
  3. Pilot bearing -Bertindak sebagai panduan kepada syaf input transmisi. Bahagian hujung syaf ini disokong oleh pilot bearing untuk memastikan syaf input transmisi berada pada kedudukan yang betul.
  4. Plat tekanan (pressure plate) - berfungsi memberikan tekanan yang mencukupi kepada klac disk supaya kuasa dapat dipindahkan ke transmisi. Kedua adalah memastikan klac disk tidak bersambung dengan roda tenaga semasa pedal klac ditekan. Terdapat dua jenis plat tekanan iaitu, coil spring dan diapraghm spring.
  5. Release bearing - bertujuan menolak plat tekanan untuk membebaskan klac disk daripada menyambungkan kuasa ke transmisi.
Kerosakan pada sistem Klac
  1.  Klac gelincir (clutch slippage) - RPM meningkat tapi roda berputar perlahan, kehilangan kuasa, klac disk kurang mencengkam roda tenaga dan plat tekanan.
  2. Seretan dan lekatan (drag & binding) - klac masih mencengkam roda tenaga walaupun pedal sudah ditekan.
  3. Chatter - gegaran berlaku apabila proses penyambungan klac disk (pedal klac dilepaskan) plat tekanan dan roda tenaga. Berkemungkinan berlaku kebocoran minyak ke kawasan klac.

Monday 1 February 2016

Pemeriksaan Kenderaan

Bagi pemandu yang ingin berjalan jauh. Maka disini saya ingin kongsikan sedikit tentang pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan rutin ini dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Antara pemeriksaan yang haruslah dilakukan oleh pemilik kenderaan adalah seperti berikut:-
  • Pemeriksaan sebelum memulakan pemanduan
  • Pemeriksaan secara berkala
  • Cara penjagaan kenderaan
Pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan
  • Pertama sekali adalah memeriksa keadaan bateri. Periksa paras air bateri supaya berada pada takatnya. Tetapi pada masa kini, banyak kenderaan telah memakai bateri sel kering ataupun 'maintenance free'. Bateri jenis ini tidak memerlukan penyelenggaraan.  Tetapi bateri ini hanya bertahan 1-2 tahun bergantung kepada cara penggunaan.
  • Memeriksa paras minyak pelincir :- Ini merupakan bahagian paling penting memandangkan enjin kenderaan berfungsi dengan adanya minyak pelincir. Minyak pelincir juga bertindak sebagai agen penyejukan kerana tanpa minyak pelincir, enjin akan menjadi terlalu panas akbat kehausan dan merosakkan komponen-komponen yang lain. 
  • Memeriksa coolant di dalam tangki radiator dan tangki simpanan coolant. Coolant perlu bagi memastikan enjin berfungsi pada suhu yang optimum.
  • Memeriksa keadaan tayar. Memastikan bunga tayar masih elok dan tidak merekah. Selain itu, isi tekanan udara yang mengcukupi pada tayar kenderaan supaya kenderaan dapat berjalan lancar.
  • Memeriksa bahan api. Memastikan bahan api mencukupi untuk sesuatu perjalanan supaya perjalanan dapat dirancang dengan baik.
  • Memeriksa takat minyak gear ATF. Memastikan minyak ATF supaya kenderaan dapat bergerak pada keadaan yang baik. Tambah minyak ATF sekiranya kurang dan buang sekiranya lebih.
  • Memeriksa takat bendalir brek. Pastikan bendalir brek mencukupi dan brek dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya brek pad sudah haus, maka tukarlah dengan segera supaya brek disk tidak rosak akibat geseran brek pad yang telah haus pada permukaan brek disk.
Pemeriksaan secara berkala

  • Pemeriksaan berkala ini dilakukan bergantung kepada manual servis yang telah ditetapkan oleh pembuat kenderaan. Biasanya penukaran minyak pelincir pada kilometer 5000km , 10000km dan seterusnya bergantung kepada manual servis. Tujuanya adalah bagi menjaga hayat enjin kenderaan. 
Cara penjagaan kenderaan

  •  Memanaskan enjin supaya minyak pelincir dapat diseratakan ke komponen-komponen dalam enjin. 
  • Tidak membebani enjin bermaksud menggunakan gear yang sesuai ketika mendaki bukit atau semasa memotong supaya bahan api dapat dijimatkan dan meningkatkan hayat enjin.
  •  Tidak selalu melakukan pecutan, brek mengejut dan membleok dengan kasar. Ini boleh menyebabkan kehausan pada bahagian-bahagian tersebut dan menyebabkan kos penyelenggaraan tinggi.
  • Tidak meletak kaki pada pedal cekam jika tidak perlu. Ini akan meningkatkan kadar kehausan plat cekam pada masa yang singkat.
  • Shifting gear dengan lembut dan berhati-hati.

Tuesday 26 January 2016

DIY Replace Engine Oil (Perodua Kelisa)

Langkah-langkah melakukan penukaran minyak pelincir.
  1. Kenalpasti kedudukan 'dipstick' , 'engine oil cap', 'drain plug' dan 'oil filter'.
  2. Buka 'engine oil cap' dan kemundian longgar serta tanggalkan 'drain plug'. Sediakan takung minyak untuk menahan limpahan minyak pelincir dari 'oil sump'.
  3. Pastikan minyak pelincir keluar sehingga habis.
  4. Kemudian tanggalkan 'oil filter'.
  5. Sapukan sedikit minyak pelincir pada 'O' Ring pada 'oil filter' dan masukkan pada tempatnya dan ikat 'oil filter' menggunakan 'oil filter cap' (saiz cap yang sesuai) ataupun gunakan 'oil filter wrench' yang sesuai. Pusing ikut ikatan nut iaitu arah pusingan jam.
  6. Pasang semula 'drain plug'
  7. Isi minyak pelincir sehingga takat 'F'
  8. Kemudian pasang semula 'engin oil cap' dan hidupkan enjin untuk beberapa ketika dan pastikan tiada kebocoran minyak pelincir. 
  9. Matikan enjin dan periksa takat minyak pelincir dan pastikan minyak pelincir pada takat 'F'. Jika kurang perlu ditambah.

Friday 22 January 2016

D.I.Y Replace Brake Pad and Disc Rotor (Menukar 'brake pad' dan Cakera disk)

Pada pautan kali ini, saya akan berkongsi dengan anda cara-cara menukar brake pad dan Rotor disk pada Kereta Jenis Perodua Kelisa. Sebelum itu, saya akan senaraikan dahulu simptom berlakunya kehausan pada 'brake pad' .
Simpton kehausan 'brake pad':-
  1. Apabila membrek, cengkaman kurang dan berbunyi.
  2. Bendalir brek mulai berkurangan. (perlu buka ruang enjin untuk melihat takung bendalir brek. 
  3. Disk rotor tidak rata
Kenali dahulu komponen-komponen berkaitan dengan brek.


Langkah-langkah menukar brek pad:-
Jekkan kenderaan
Tanggalkan roda
Buka pin yang mengikat brake pad (lihat gambar)


arkomarin


Bulatan merah ada pin yang mengikat brake pad manakala anak panah pula adalah brek pad
Keluarkan brek pad dari caliper brek. (lihat gambar brek pad yang telah haus)

arkomarin
Brek pad yang telah haus


Biasanya , brek pad sebelah piston akan cepat haus. Ini disebabkan bolt housing telah kehilangan gris. (Lihat gambar)

Untuk menyapu gris buka bolt yang mengikat caliper brek
    Bush (bolt housing)
Buka caliper brek
 
Tanggalkan rotor disk
Sekiranya disk telah haus, ia perlu diratakan semula (skim disk) 

Disk rotor yang telah dimesin. Kemudian pasang kembali disk rotor dan caliper brek seperti keadaan asal.




 
Brek pad baru 
*Pastikan pelapik brek pad dipasang semula.

Thursday 21 January 2016

Kemunculan Kolej Komuniti Sungai Petani Racing Team


'Crew' yang banyak memberikan komitmen dalam pembinaan jentera
Pada 29 Oktober 2015 yang lalu jentera lumba KKSP (Kolej Komuniti Sungai Petani) telah dirasmikan oleh Mantan Pengarah iaitu Hj Ishak Bin Hamid. Jentera yang diberi jolokan SPTigra beserta lambang KKSP Racing Team selamat disempurnakan pada majlis perasmian tersebut.
Kemunculan jentera ini memberi impak kepada Unit Automotif KKSP sebagai batu loncatan bagi menarik minat pelajar dalam bidang automotif. Jentera ini akan mewakili KKSP untuk menyertai pertandingan perlumbaan yang dianjurkan UTeM , UTM dan sebagainya.

Cikgu Zul berpuas hati dengan jentera SPTigra
Diharapkan SPTigra dapat mengharumkan nama KKSP kelak dan semoga berjaya kepada 'crew' terlibat.
Untuk melihat video KKSP Racing Team. Sila klik pautan  https://www.youtube.com/watch?v=9siO7UsKA6M  dan subscribe.Terima kasih