Simpton kehausan 'brake pad':-
- Apabila membrek, cengkaman kurang dan berbunyi.
- Bendalir brek mulai berkurangan. (perlu buka ruang enjin untuk melihat takung bendalir brek.
- Disk rotor tidak rata
Langkah-langkah menukar brek pad:-
Jekkan kenderaan
Tanggalkan roda
Buka pin yang mengikat brake pad (lihat gambar)
Keluarkan brek pad dari caliper brek. (lihat gambar brek pad yang telah haus)
Brek pad yang telah haus
Biasanya , brek pad sebelah piston akan cepat haus. Ini disebabkan bolt housing telah kehilangan gris. (Lihat gambar)
Untuk menyapu gris buka bolt yang mengikat caliper brek
Buka caliper brek

Tanggalkan rotor disk
Sekiranya disk telah haus, ia perlu diratakan semula (skim disk)
Disk rotor yang telah dimesin. Kemudian pasang kembali disk rotor dan caliper brek seperti keadaan asal.

Brek pad baru
*Pastikan pelapik brek pad dipasang semula.
No comments:
Post a Comment