Sunday, 8 October 2017

Overhaul Proton Persona

Assalamualaikum. Hari ini insya Allah diberi kesempatan untuk berkongsi rombak enjin (overhaul) proton persona. Masalah berlaku akibat tidak menjaga minyak enjin. Guna minyak enjin melebihi hadnya. Enjin berbunyi kasar dan berlaku blok calar.
Blok calar pada silinder 1 dan 2


Jadi enjin dikeluarkan untuk genaral overhaul.
Enjin proton persona dikeluarkan

Keadaan dalam ruang enjin


Jika dilihat apabila oil sump dikeluarkan dan rocker cover dibuka.Minyak enjin telah berubah sifat kelikatannya.

Warna oil sump dengan minyak enjin

Keadaan minyak enjin pada bahagian main bearing dan con rod bearing

Minyak enjin bercampur habuk, bemakna oil filter tidak berfungsi dengan baik

 Bahagian head juga diliputi minyak enjin yang tidak elok.
Minyak enjin kotor tidak dijaga

Minyak enjin ke kuah mee ladna?


 Keadaan lubang manifold juga terdapat kekotoran.
Bahagian intake

Lubang intake


 Jadi enjin perlu dibersihkan sepenuhnya dan blok perlu di'rebore'.
Selepas pembersihan, enjin dipasang semula.
Keadaan sebelum dicuci

Selepas dicuci

Sebelum cuci

Selepas dicuci

Blok bersama piston siap dipasang

Selepas cuci, piston baru

Head lepas dicuci

 Jika dilihat akibat tidak menjaga minyak enjin, minyak tidak sampai ke oil ring. Blok dan piston calar.
Piston lama

Piston lama



Keadaan throttle body juga tidak elok.

Sebelum

Sebelum

Banyak carbon


Pemasangan semula enjin

Enjin sudah bersih

Sedap mata memandang

Enjin pada stand
Untuk mengelakkan berlakunya general overhaul yang menelan belanja yang mahal. Pemilik kenderaan perlu ada asas penjagaan enjin kenderaan. 
  • Minyak enjin perlu kerap diperiksa. Periksa takat dan keadaan minyak enjin. Pastikan tukar setelah sampai waktunya. Kebanyakan pemilik yang tukar minyak fully synthetic tidak periksa minyak mereka memandangkan mereka 100 % yakin akan lebih kilometer.
  • Guna minyak enjin dan oil filter yang tulen. Oil filter yang tak ori boleh menyebabkan minyak tidak ditapis dengan sempurna
  • Pastikan coolant radiator diperiksa untuk mengelakkan berlaku overheat. Coolant toyota paling terbaik setakat ini.
  • Jika ada kebocoran minyak enjin, pastikan kebocoran diselesaikan segera. Jangan ambil jalan pintas dengan menambah minyak enjin jika berkurangan. Periksa di bengkel berdekatan anda.
Sekian ,terima kasih