Saturday, 2 April 2016

Sistem Klac

Pengenalan
Klac merupakan satu sistem yang penting dalam sesebuah kenderaan. Ia bertujuan untuk menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin. Jika tiada klac, kuasa daripada enjin akan terus dipindahkan ke roda tanpa penukaran gear. Klac plate ini terletak diantara transmisi dan enjin di mana ia membentuk satu kapling (coupling) dengan roda tenaga (flywheel). Pemandu mengendalikan klac melalui rangkaian klac atau klac mechanism dari ruang pemanduan (pedal klac) ke perumah klac (bell housing).
Semua kenderaan memerlukan sistem klac untuk memutus dan menyambungkan kuasa enjin ke transmisi. Jika kenderaan tidak mempunyai klac. enjin akan mati setiap kali kenderaan perlu diberhentikan. Klac membolehkan enjin melahu (idling) ketika kenderaan berhenti dan ia juga membolehkan penukaran gear untuk kelajuan serta beban yang sesuai.
 

Operasi dan kendalian klac
 Apabila pemandu menekan pedal klac, rangkaian klac akan (samada hidraulik atau kabel klac) akan menolak fork. Kemudian rangkaian fork akan menolak release bearing supaya menekan diapraghm plat tekanan (pressure plate). Plat tekanan ini akan melepaskan klac disk bebas daripada menekan roda tenaga. Maka pada ketika ini , kuasa enjin telah pun diputuskan daripada transmisi.

Komponen utama sistem klac
  1. Roda tenaga (flywheel) - roda tenaga diperbuat daripada besi tuang kelabu yang mempunyai kuantiti grafit yang tinggi untuk melancarkan penyambungan klac. Bahagian diameter luarnya dibentuk melalui proses press untuk tujuan gigi gear penghidup (starter). Roda tenaga mempunyai diameter yang besar bagi membantu penghidup untuk memutarkan gigi gear supaya putaran enjin mencukupi semasa enjin dihidupkan. Permukaannya pula dimesin dengan rata bagi memastikan geseran yang mencukupi ketika penyambungan klac. Inertia juga diberikan untuk memutarkan aci engkol sistem empat lejang.  


  2. Klac disk - klac disk disambungkan dengan syaf input transmisi dan memindahkan kuasa daripada enjin ke transmisi. Terdapat dua permukaan geseran pada klac disk. Terdapat aliran (grooves) pada klac disk, ini membolehkan proses penyejukan berlaku ketika klac disk menekap pada roda tenaga. Bahagian permukaannya (facing) dirivet bersama-sama spring kusyen yang mana menyebabkan berlaku tekanan secara perlahan-lahan ke permukaan roda tenaga dan permukaan plat tekanan. Spring yang terdapat pada klac disk ini membantu mengurangkan gegaran semasa penyambungan mengejut. Spring kilasan pula bertindak menyerap daya kilasan ketika permukaan klac disk bertemu permukaan plat tekanan.                                                                                                    
  3. Pilot bearing -Bertindak sebagai panduan kepada syaf input transmisi. Bahagian hujung syaf ini disokong oleh pilot bearing untuk memastikan syaf input transmisi berada pada kedudukan yang betul.
  4. Plat tekanan (pressure plate) - berfungsi memberikan tekanan yang mencukupi kepada klac disk supaya kuasa dapat dipindahkan ke transmisi. Kedua adalah memastikan klac disk tidak bersambung dengan roda tenaga semasa pedal klac ditekan. Terdapat dua jenis plat tekanan iaitu, coil spring dan diapraghm spring.
  5. Release bearing - bertujuan menolak plat tekanan untuk membebaskan klac disk daripada menyambungkan kuasa ke transmisi.
Kerosakan pada sistem Klac
  1.  Klac gelincir (clutch slippage) - RPM meningkat tapi roda berputar perlahan, kehilangan kuasa, klac disk kurang mencengkam roda tenaga dan plat tekanan.
  2. Seretan dan lekatan (drag & binding) - klac masih mencengkam roda tenaga walaupun pedal sudah ditekan.
  3. Chatter - gegaran berlaku apabila proses penyambungan klac disk (pedal klac dilepaskan) plat tekanan dan roda tenaga. Berkemungkinan berlaku kebocoran minyak ke kawasan klac.