Monday 1 February 2016

Pemeriksaan Kenderaan

Bagi pemandu yang ingin berjalan jauh. Maka disini saya ingin kongsikan sedikit tentang pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan rutin ini dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Antara pemeriksaan yang haruslah dilakukan oleh pemilik kenderaan adalah seperti berikut:-
  • Pemeriksaan sebelum memulakan pemanduan
  • Pemeriksaan secara berkala
  • Cara penjagaan kenderaan
Pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan
  • Pertama sekali adalah memeriksa keadaan bateri. Periksa paras air bateri supaya berada pada takatnya. Tetapi pada masa kini, banyak kenderaan telah memakai bateri sel kering ataupun 'maintenance free'. Bateri jenis ini tidak memerlukan penyelenggaraan.  Tetapi bateri ini hanya bertahan 1-2 tahun bergantung kepada cara penggunaan.
  • Memeriksa paras minyak pelincir :- Ini merupakan bahagian paling penting memandangkan enjin kenderaan berfungsi dengan adanya minyak pelincir. Minyak pelincir juga bertindak sebagai agen penyejukan kerana tanpa minyak pelincir, enjin akan menjadi terlalu panas akbat kehausan dan merosakkan komponen-komponen yang lain. 
  • Memeriksa coolant di dalam tangki radiator dan tangki simpanan coolant. Coolant perlu bagi memastikan enjin berfungsi pada suhu yang optimum.
  • Memeriksa keadaan tayar. Memastikan bunga tayar masih elok dan tidak merekah. Selain itu, isi tekanan udara yang mengcukupi pada tayar kenderaan supaya kenderaan dapat berjalan lancar.
  • Memeriksa bahan api. Memastikan bahan api mencukupi untuk sesuatu perjalanan supaya perjalanan dapat dirancang dengan baik.
  • Memeriksa takat minyak gear ATF. Memastikan minyak ATF supaya kenderaan dapat bergerak pada keadaan yang baik. Tambah minyak ATF sekiranya kurang dan buang sekiranya lebih.
  • Memeriksa takat bendalir brek. Pastikan bendalir brek mencukupi dan brek dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya brek pad sudah haus, maka tukarlah dengan segera supaya brek disk tidak rosak akibat geseran brek pad yang telah haus pada permukaan brek disk.
Pemeriksaan secara berkala

  • Pemeriksaan berkala ini dilakukan bergantung kepada manual servis yang telah ditetapkan oleh pembuat kenderaan. Biasanya penukaran minyak pelincir pada kilometer 5000km , 10000km dan seterusnya bergantung kepada manual servis. Tujuanya adalah bagi menjaga hayat enjin kenderaan. 
Cara penjagaan kenderaan

  •  Memanaskan enjin supaya minyak pelincir dapat diseratakan ke komponen-komponen dalam enjin. 
  • Tidak membebani enjin bermaksud menggunakan gear yang sesuai ketika mendaki bukit atau semasa memotong supaya bahan api dapat dijimatkan dan meningkatkan hayat enjin.
  •  Tidak selalu melakukan pecutan, brek mengejut dan membleok dengan kasar. Ini boleh menyebabkan kehausan pada bahagian-bahagian tersebut dan menyebabkan kos penyelenggaraan tinggi.
  • Tidak meletak kaki pada pedal cekam jika tidak perlu. Ini akan meningkatkan kadar kehausan plat cekam pada masa yang singkat.
  • Shifting gear dengan lembut dan berhati-hati.