Alhamdulillah..Segala pujian bagi Tuhan sekelian alam...kerana hingga ke harini aku masih diberikan kesihatan dan masih lagi menghirup udara yang dikurniakan oleh Allah SWT. Mari lah sama2 memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan kepada hamba2nya utk beribadah kepadanya..
Hmm..dah lama tak update blog ni. Kalau rumah yang dibiarkan kosong.Pasti dah bersawang. Bulan JULAI sudah pon menjengah. Syaaban juga kita ketemu, dan Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Persiakan diri untuk membersihkan jiwa dan hati yang telah lama kusam. Tetapi, hati ini sering dikotori. Kenapa begitu jadinya?
Hati yang kotor akan menjejaskan segala yang berkaitan tentang kehidupan kita. Apatah lagi, hati jugak akan memandu cara perlakuan kita, mentaliti kita dan sudah semestinya menjejaskan hubungan kita dengan Pencipta yakni Allah SWT. Kita lalai memenuhi tuntutan Allah SWT.
Kembali ke akar umbi, perbaiki hati maka segalanya akan baik. Kerana hati yang memandu ke mana jalannya. Firman Allah yang bermaksud: "ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”. Sentiasalah kita mengingati Allah tidak kira samada susah atau pun senang. Aku mengingatkan diriku yang selalu alpa kepadaMu YA ALLAH.
Hadirkan hatimu dengan membaca Al Quran dan mohon taubat padaNya, hadirkan hati dengan bersolat ditengah malam, hadirkan hatimu di majlis2 ilmu.Ya Allah, aku ini sering lalai dan melupakan Mu, maka ampunilah daku,maafkan daku kerana sering melupaiMu.Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur dan jauhkanlah aku daripada sifat keluh kesah dan berputus asa.Aminnn..